Wednesday, November 13, 2013

KENAPA MINTA SUMBANGAN TABUNG 5R3

Bismillah...

Ahli komuniti yang baik dan bertanggungjawab akan sentiasa mengambil tahu serta alert dengan apa yang berlaku di sekeliling kediaman mereka. Di samaping itu, mereka juga akan sentiasa bersedia untuk menyumbang kepada kesejahteraan dan keselamatan komuniti samada dalam bentuk tenaga, buah fikiran mahupun kewangan.

KENAPA MINTA SUMBANGAN:
Setiap aktiviti atau program semestinya memerlukan perbelanjaan untuk menggerakkan program, mungkin ada orang akan bertanya "mintalah sponsor/sumbangan dari YB atau syarikat korporat". bagi kami pihak persatuan, alangkah malunya kita sebagai komuniti mengharapkan belas ihsan orang, sedangkan kita sendiri sepatutnya mempunyai sumber kewangan sendiri. bagaimanakan kita boleh mempunyai sumber kewangan sendiri?? mudah sahaja...setiap rumah menyumbang RM30 kepada tabung persatuan setiap tahun...kita ada sebanyak 700 unit rumah dan jika setiap rumah sumbang sebanyak RM30, bayangkan berapa banyak dana yang ada dalam akaun kita.

Dengan dana yang banyakberbagai aktiviti/program boleh kita jalankan samada berbentuk sosia, keagamaan dan sebagainya:

Antara aktiviti yang dicadangkan ialah:

1. PROGRAM BIG SCREEN - program ini amat baik utk eratkan silaturrahim antara warga komuniti serta memeriahkan komuniti kita yang agak malap. Antara yang boleh ditayang semasa program big screen ialah: 
  1. Perlawanan bola sepak
   2. Perlawanan Hoki
   3. Badminton
   4. ceramah agama 
   5. wayang gambar
  (antara peralatan yang pelu dibeli utk program ini ialah LCD projektor, ASTRO Njoi dan sistem  bunyi

2. Sukaneka dan hari keluarga
3. Senamrobik
4. Kelas Masakan
5. kelas menjahit
6. naik taraf sistem keselamatan kuarters

dan apa2 cadangan dari masa ke semasa

  


No comments:

Post a Comment