Friday, November 2, 2012

PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN PENGGUNAAN STICKER DI APARTMEN 5R3

Memandangkan banyak kes jenayah yang berlaku di kawasan apartmen kita yg kita sayangi ini serta menjaga keselamatan kuarters, pihak persatuan telah melaksanakan inisiatif diatas. tujuan inisiatif ini adalah untuk memastikan hanya kenderaan yang berdaftar sahaja yg boleh memasuki kuarters, manakala kenderaan yg tidak mendaftar perlulah melapor diri di pondok pengawal.

Suka saya maklumkan disini, ketika pihak persatuan menjalankan pemeriksaan kenderaan  di pondok pengawal, hanya  kenderaan yang tidak mempunyai pelekat sahaja yang ditahan dan diperiksa, manakala kenderaan yang mempunyai pelekat yang sah boleh memasuki kuarters tanpa pemeriksaan. ada beberapa keadaan org yang tidak mempunyai sticker ini antaranya:
1. belum ambil sticker
2. menumpan rumah keluarga atau ahli keluarga
3. mempunyai kereta lebih dari 2 buah
4. orang yang menyewa secara haram di kuarters ini
5. pelawat

Jadi adalah tidak wajar jika ada penduduk yang melaporkan kepada pihak BPH tanpa merujuk kepada pihak persatuan terlebih dahulu

Jika ada sebarang aduan dan ketidakpuasan hati, sila hubungi Pengerusi Komuniti 5r3, En Kamarul 0122347841

Thursday, October 18, 2012

Lawatan mesra

Bismillah....

Alhamdulillah, pada 17/10, pihak jawatankuasa komuniti telah melakukan kunjungan ke rumah puan Intan, isteri kpd arwah cikgu rozi yg telah meninggal dunia jumaat lepas. Moga beliau dapat mengharungi dugaan Allah dengan penuh sabar.

Wednesday, June 27, 2012

SUKAN SURAU 2012 - 7 JULAI 2012

SUKAN SURAU PUTRAJAYA: JENIS SUKAN:
DEWASA LELAKI:
     lari dalam guni - 6 orang
     Tarik Tali - 10 orang
     Terompah gergasi - 5 orang

DEWASA PEREMPUAN
     gubahan tuala - 2 orang
     anyam ketupat - 3 orang
     telefon karat - 8 orang

REMAJA LELAKI -
    LARI IKAT KAKI - 8 ORANG
    jalan susun bata - 6 orang
    terompah gergasi - 5 orang

REMAJA PEREMPUAN
    makin jauh makin sayang - 2 orang
    telefon karat - 8 orang
    bawa bola pingpong dgn chopstik - 8 orang

KANAK2 10-12 TAHUN
   tarik bola dalam gelung - 8 orang
   susun puzzle - 3 orang

KANAK2 7-9 TAHUN
    isi air dalam botol - 8 orang
    bawa bola ping pong dengan sudu 8 orang

sila hantar nama, no kad pengenalan dan no telefon dan no rumah kpd sesiapa yang ingin menyertai sukan ini..tarikh tutup 2 julai 2012...BOLEH HANTAR NAMA SECARA BERKUMPULAN. EMAIL KPD SY kamarul.5r3@gmail.com...semua warga 5r3 digalakkan hadir


TEMPAT: PADANG KOMPLEKS KEJIRANAN PRESINT 9

Monday, June 25, 2012

JOM KITAR SEMULA DAN BERAMAL


SABTU 30/6, 9.00AM-12.00PM- Luangkan masa anda untuk sama-sama memeriahkan PROGRAM JOM KITAR SEMULA DAN BERAMAL -

ANTARA AGENDA PROGRAM
1. PAMERAN KITAR SEMULA OLEH PPJ DAN ALAM FLORA
2. PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN KITA SEMULA MENJADI BANAH BOLEH GUNA (BUNGA, PERMAINAN DSBNYA. (BOLEH DI CIPTA MULAI SKRG DAN BW PADA HARI PERTANDINGAN UNTUK DINILAI). KATEGORI PENYERTAAN 12 TAHUN KEBAWAH DAN 13 TAHUN KEATAS
3. KUTIPAN BAHAN KITAR SEMULA......
4. CERAMAH KEPENTINGAN KITAR SEMULA

JOM MERIAHKAN AKTIVITI PERSATUAN KITA DISAMPING KITA BOLEH MENGENALI ANTARA SATU SAMA LAIN DAN ERATKAN SILATURRAHIM
(GAMBAR ATAS MERUPAKAN HASIL KUTIPAN PADA HARI AHAD 24/6/2012)
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YG TELAH MENYUMBANG

Saturday, May 26, 2012

SELAMAT BERCUTI

Selamat behujung minggu serta selamat bercuti panjang kepada semua warga komuniti 5r3. semoga selamat pergi dan selamat pulang kembali. pastikan rumah anda dalam keadaan selamat bila ditinggalkan. gas, elektrik dan air, pastikan telah di tutup. beritahu jiran anda sepanjang anda tiada dirumah..moga semuanya selamat

Thursday, May 24, 2012

NO TELEFON RASMI PERSATUAN

untuk sebarang ADUAN, CADANGAN, KOMEN KEPADA PERSATUAN, SILA HUBUNGI/SMS PENGERUSI 012 2347841, En. Kamarul. Pohon nyatakan nama sebenar anda serta no rumah anda semasa berurusan.

sekian terima kasih

SATU SUARA SATU KOMUNITI

Friday, May 18, 2012

KELULUSAN PENDAFTARAN ROS

Keputusan Permohonan Daftar Pertubuhan

Nama Pertubuhan : PERSATUAN KOMUNITI 5R3

Nombor Pertubuhan : PPM-007-16-18052012

Keputusan : Lulus

Tarikh Kelulusan : 18-05-2012

Pegawai yang meluluskan: ZULIANA BT MOHD AKOB

ALHAMDULILLAH...PERSATUAN KITA TELAH DILULUSKAN OLEH JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN (ROS)

Monday, May 7, 2012

PERINGATAN PARKING


PERINGATAN
Kepada pemilik kereta/motosikal  yang parkir kawasan lif atau kawasan yang menganggu lalulintas, akan diberikan PERINGATAN BERTULIS beserta dengan NO KERETA akan dicatit, GAMBAR AKAN DI AMBIL mulai 7 MEI 2012. Jika masih lagi melakukan kesalahan ini, pihak persatuan tidak akan teragak-agak  untuk melaporkan perkara ini kepada pihak BPH... persatuan melakukan perkara ni kerana tindakan tuan/puan ini membahayakan pengguna kuarters yg lain, terutamanya kanak2.
Harap maklum
SATU SUARA SATU KOMUNITI

Thursday, May 3, 2012

MASALAH PARKING DI 5R3

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia....saya telah bercakap dengan pegawai BPH mengenai Parking...maklumbalasnya ialah...persatuan & penduduk boleh membuat keputusan bagaimana kita nak uruskan parking ni samada parking disediakan mengikut rumah atau bagaimana...

1. lot parking mengikut rumah - kebaikan - setiap rumah akan dapat parking sendiri. keburukan - jika rumah tersebut diundi dapat parking jauh ataupun parking bukannya dikawasan berbumbung, adakah anda semua bersedia menerimanya dgn rela atau tidak.

2. keluarga yang mempunyai kereta lebih dari satu atau dua - dimana nak diletakkan kenderaan tersebut - tindakan jika langgar bagaimana?


3. mungkin yang akan susah ialah ibu yang mempunyai anak kecil sbb terpaksa menolak stroller agak jauh.


mohon komuniti memberi pandangan dan membincangkannya secara beradab, tertib tanpa mengguris hati sesiapa...maklumbalas komuniti
amat penting.

terima kasih

Monday, April 30, 2012

SELAMAT HARI PEKERJA

SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua warga komuniti 5R3, tak kira penjawat awam mahupun swasta. Moga kita terus komited dan ikhlas dalam kerja seharian kita..

Sunday, April 29, 2012

SELAMAT CUTI PANJANG

Assalamualaikum....

Selamat Pulang ke Kampung diucapkan kepada semua warga komuniti 5R3 yang pulang bercuti panjang...moga selamat pergi dan selamat kembali. pastikan rumah anda dikunci, saluran gas di tutup & punca elektrik dimatikan. hati-hati di jalanraya....PESANAN DARI JAWATANKUASA KOMUNITI 5R3

Sessi Gotong Royong Surau 5R3 280412






Sunday, April 22, 2012

ISU PELANGGARAN PERATURAN KUARTERS

Assalamualaikum kepada semua warga 5R3...

seperti yang semua maklum pada hari jumaat lepas pihak BPH telah mengadakan pemeriksaan ke Kuarters kita untuk mengenalpasti warga kuarters yang menjalankan perniagaan, terutamanya yg mengasuh anak...daripada feedback yang diperolehi, penguatkuasaan larangan mengasuh anak di kuarters telah menyebabkan banyak masalah kepada para ibu yang menghantar anak kpd pengasuh di sekitar kuarters kita. justeru itu, pihak persatuan berharap SEMUA PENGASUH SERTA PARENTS YG HANTAR ANAK SILA DAFTARKAN NAMA KAT PERSATUAN BG TUJUAN SATTISTIK DN RUJUKAN....MUNGKIN KITA AKAN BUAT DIALOG DGN BPH PASAI HAL NI...


PENGERUSI
PERSATUAN KOMUNITI 5R3

Wednesday, April 18, 2012

Mesyuarat Agong Penubuhan AJK Komuniti 5R3






Gambar ihsan   Abg  Solleh

Sambutan Maulidul Rasul 5R3






AJK Komuniti 5R3 2012


KAMARUL ZAMAN BIN SALLEH
Pengerusi
kamarul.5r3@gmail.com

AHMAD SABRI BIN IBRAHIM
Timbalan Pengerusi
sabri.5r3@gmail.com

AZRIN BT. DATO’ AZIZAN
Setiausaha
azrin.5r3@gmail.com

HASSAN BIN ABD. RAHMAN
Penolong Setiausaha
hassa.5r3@gmail.com

MOHAMAD AZHARI BIN MOHD. AZHAR
Bendahari
azhari.5r3@gmail.com

ROSWANI BT. RAMLI
Timbalan Bendahari
roswani.5r3@gmail.com

MARSITAH BT. TALIB
Wakil Kaum Ibu
marsitah.5r3@gmail.com

SITI MARIAM ZULKIFLI BT. RAMOND
Wakil Kaum ibu
mariamzulkifli.5r3@gmail.com

NUR RASYIQAH BT. OTHMAN
Wakil Kaum Ibu
rasyiqah.5r3@gmail.com

HAMSIAH BT. SAID
hamsiah.5r3@gmail.com

KASMIN BIN NAPIAH
kasmin.5r3@gmail.com

ZABARNI BIN CHIK
wakil Blok A
zabarni.5r3@gmail.com

SALIM BIN ENCEROZA
Wakil blok B
salim.5r3@gmail.com

Tuan Hamzah Buman
Wakil Blok C
hamzah.5r3@gmail.com

MOHD. SOLEH BIN SAID


MOHD. SAMMIZI BIN OSMAN
sammizi.5r3@gmail.com

AZMI BIN OTHMAN
azmi.5r3@gmail.com

AZLAN BIN ABD. RAOF
Wakil blok B
azlan.5r3@gmail.com

RUSLI BIN OTHMAN
Wakil Blok A
rusli.5r3@gmail.com

NOOR HIDAYAH BT. SIDEK
hidayah.5r3@gmail.com

MOHD. FAIRUZ BIN TALIB
fairuz.5r3@gmail.com

Tuesday, April 17, 2012

Ucapan dari Pengerusi Komuniti 5R3


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh......Selamat Datang ke Blog Komuniti 5r3...Pertama sekali syukur ke hadrat Allah kerana warga 5r3 telah turun beramai-ramai untuk menyokong penubuhan Persatuan Komuniti 5r3 pada 11 April yang lalu. Ini menunjukkan kesungguhan, komitmen serta sokongan warga 5r3 dalam mewujudkan perpaduan, kesejahteraan serta kasih sayang antara kita. kepada yang tidak turun pada hari tu, saya yakin, anda semua menyokong kami dari belakang. Insya Allah.

Apa yang pihak AJK harapkan dari semua warga 5r3 sekalian ialah dengan memberikan cadangan dalam merangka aktiviti persatuan kita. Dengan cadangan dari anda semua, kami akan dapat mengenalpasti keperluan anda dari masa ke semasa. pihak AJK memang sentiasa terbuka dengan cadangan dari ahli komuniti semua.Hakikatnya kejayaan sesebuah komuniti itu bukan hanya bergantung kepada AJK sahaja, tetapi juga bergantung kepada sokongan padu serta penglibatan ahli sendiri dalam menjayakan semua aktiviti persatuan.

Akhir sekali, semoga blog ini akan menjadi medan untuk komuniti 5r3 umendapatkan maklumat terkini tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan komuniti kita. MANFAATKANLAH IA SEBAIKNYA.

SATU SUARA SATU KOMUNITI


Mesyuarat AJK

Alhamdulillah...jawatankuasa komuniti 5r3 telah selamat bermesyuarat buat kali pertama..keputusannya:

1. telah ditubuhkan biro yang berkaitan.
2. setiap biro akan membentangkan cadangan aktiviti 
3. setiap unit rumah adalah dipohon untuk menyumbang RM5 sebulan bersamaan RM 60 setahun (untuk tahun ni just bayar rm40 sebab mula bulan 5.)
- digalakkan sumbangan dibayar pada gaji bulan 4 ni sbb dapat kenaikan 13%).
- notis bayaran akan dilekatkan di setiap aras lif parking sedikit masa lg.