Thursday, November 14, 2013



ANTARA PENGGUNAAN PERUNTUKAN KEWANGAN PERSATUAN 2013

1. Peruntukan pembelian besi untuk dibuat tiang gol Futsal untuk kegunaan remaja 5r3 ( Tiang gol di buat sendiri oleh en Soleh maintenance.

2. Peruntukan pembelian net dan bola takraw untuk kegunaan warga 5r3 bermain takraw di Blok E

3.  Peruntukan Pembelian Playwood dan peralatan berkaitan untuk dibuat Screen putih bagi tujuan Program Big Screen dan boleh digunakan untuk kegunaan Surau.

4. Peruntukan untuk Pembelian barangan untuk membuat Hamper dan beli gula-gula untuk aktiviti sempena Program Big Screen Final Piala Malaysia (Hamper Buat sendiri)

5. Peruntukan untuk membuat minuman sempena Program Big Screen

6. Peruntukan menaja makanan tengahari untuk kelas  jahitan anjuran Persatuan Komuniti 5r3

7. Sumbangan Peruntukan untuk Program memasak Bubur Asyura

8. Sumbangan Kilat untuk mangsa kebakaran dan Kemalangan (en Yusof)

9. Pembelian CCTV (Bajet ROS)

10. Pembelian walkie Talkie (Bajet ROS)

11. Pembelian basikal (Bajet ROS)









Wednesday, November 13, 2013

KENAPA MINTA SUMBANGAN TABUNG 5R3

Bismillah...

Ahli komuniti yang baik dan bertanggungjawab akan sentiasa mengambil tahu serta alert dengan apa yang berlaku di sekeliling kediaman mereka. Di samaping itu, mereka juga akan sentiasa bersedia untuk menyumbang kepada kesejahteraan dan keselamatan komuniti samada dalam bentuk tenaga, buah fikiran mahupun kewangan.

KENAPA MINTA SUMBANGAN:
Setiap aktiviti atau program semestinya memerlukan perbelanjaan untuk menggerakkan program, mungkin ada orang akan bertanya "mintalah sponsor/sumbangan dari YB atau syarikat korporat". bagi kami pihak persatuan, alangkah malunya kita sebagai komuniti mengharapkan belas ihsan orang, sedangkan kita sendiri sepatutnya mempunyai sumber kewangan sendiri. bagaimanakan kita boleh mempunyai sumber kewangan sendiri?? mudah sahaja...setiap rumah menyumbang RM30 kepada tabung persatuan setiap tahun...kita ada sebanyak 700 unit rumah dan jika setiap rumah sumbang sebanyak RM30, bayangkan berapa banyak dana yang ada dalam akaun kita.

Dengan dana yang banyakberbagai aktiviti/program boleh kita jalankan samada berbentuk sosia, keagamaan dan sebagainya:

Antara aktiviti yang dicadangkan ialah:

1. PROGRAM BIG SCREEN - program ini amat baik utk eratkan silaturrahim antara warga komuniti serta memeriahkan komuniti kita yang agak malap. Antara yang boleh ditayang semasa program big screen ialah: 
  1. Perlawanan bola sepak
   2. Perlawanan Hoki
   3. Badminton
   4. ceramah agama 
   5. wayang gambar
  (antara peralatan yang pelu dibeli utk program ini ialah LCD projektor, ASTRO Njoi dan sistem  bunyi

2. Sukaneka dan hari keluarga
3. Senamrobik
4. Kelas Masakan
5. kelas menjahit
6. naik taraf sistem keselamatan kuarters

dan apa2 cadangan dari masa ke semasa

  


ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN OLEH PERSATUAN:

 1. PEMASANGAN BENDERA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
2. MEMASANG PAPAN PERINGATAN ZIKIR SEMPENA RAMADAN
3.BENGKEL JAHITAN UNTUK WANITA
4. PROGRAM BIG SCREEN SEMPENA FINAL PIALA MALAYSIA






KUTIPAN SUMBANGAN UNTUK TABUNG KOMUNITI 5R3

JUMLAH SUMBANGAN DITETAPKAN SETIAP RUMAH =
RM30 SETAHUN

Tarikh Kutipan: 26-30 November 2013
Tempat: Lobi Bawah Setiap Blok
Masa Kutipan: 9.00pm hingga 10.30pm

KUTIPAN AKAN DILAKUKAN OLEH KETUA/AJK BLOK (PAKAI VEST BIRU)
RESIT AKAN DIKELUARKAN
Tujuan Sumbangan: menyokong/gerakkan pelbagai aktiviti/program komuniti yang akan dijalankan
Keterangan lanjut di www.komuniti5r3.blogspot.com
Anjuran: Persatuan Komuniti 5R3

Thursday, June 20, 2013

OPERASI PEMBERSIHAN KENDERAAN TERSADAI

  



SEMUA KENDERAAN TERSADAI SILA KELUARKAN DARI KUARTERS INI ATAU LETAKKAN DI TEMPAT YANG KURANG TUMPUAN.

contoh: motosikal yang telah lama tidak digunakan, boleh la di jual atau letakkan di tempat yang bukan tumpuan orang ramai letak motosikal...

pemilik kereta letakkan di open space parking. 

tq....anda semua bijak, jadi tunjukkan kebijakan anda semua
 

OPS CLAMP OLEH BPH






Pihak BPH telah menjalankan OPS CLAMP terhadap kenderaan yang didapati parking merata di sekitar kurters. lebih kurang 14 buah kenderaan telah di calmp dalam operasi yang bermula lebih kurang jam 10.30 malam dan berakhir pada jam 11.30 malam.Setiap kenderaan yang di clamp akan dikenakan bayaran RM50 serta surat peringatan kepada ketua jabatan.

sebenarnya parking bukannya masalah di kuarters kita, namun, sikap pengguna yang mengambil mudah dan pentingkan diri sendiri dengan parking di tempat sepatutnya banyak mengundang bahaya kepada pengguna lain. Bayangkan jika nasib tak baik, kereta kita rosak akibat dari kemalangan atau dilanggar, siapa yang akan susah. bersama kita fikirkan...

JANGAN HANYA SEBAB NAK SENANG, KITA SUSAHKAN ORANG LAIN. BERSAMA KITA MENJAGA KEHARMONIAN KUARTERS KITA.

Wednesday, June 12, 2013

MASALAH SIKAP



Isu pembuangan sampah nampaknya telah selesai..cuma ada lagi sampah kecil seperti tin, botol plakstik yang dibuang merata-rata seperti di lobi lif mahupun di sekitar kuarters. nak buat camne lagi pun saya tak tahu dgn mentaliti segelintir warga kita.

Video terbaru ni saya kongsikan mengenai sikap penghuni kita yang merokok dan membuang puntung rokok yang masih hidup dalam lif. Cerdik atau bodoh perbuatan ini, tuan-puan boleh nilai sendiri. Sukar saya nak memahami perangai perokok itu sendiri. tak boleh ke rokok tu di hisap dahulu diluar lif dan dibuang di tempat yang sepatutnya.. kotak rokok plak, simpan dan buang kat rumah...bukannya susah pun....tapi....

BERTANGGUNGJAWAB DAN BERUBAH LAH