Thursday, May 3, 2012

MASALAH PARKING DI 5R3

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia....saya telah bercakap dengan pegawai BPH mengenai Parking...maklumbalasnya ialah...persatuan & penduduk boleh membuat keputusan bagaimana kita nak uruskan parking ni samada parking disediakan mengikut rumah atau bagaimana...

1. lot parking mengikut rumah - kebaikan - setiap rumah akan dapat parking sendiri. keburukan - jika rumah tersebut diundi dapat parking jauh ataupun parking bukannya dikawasan berbumbung, adakah anda semua bersedia menerimanya dgn rela atau tidak.

2. keluarga yang mempunyai kereta lebih dari satu atau dua - dimana nak diletakkan kenderaan tersebut - tindakan jika langgar bagaimana?


3. mungkin yang akan susah ialah ibu yang mempunyai anak kecil sbb terpaksa menolak stroller agak jauh.


mohon komuniti memberi pandangan dan membincangkannya secara beradab, tertib tanpa mengguris hati sesiapa...maklumbalas komuniti
amat penting.

terima kasih

13 comments:

  1. salam semua...
    setiap pilihan y kita ada dalam menangani masalah mesti ada pro & con nya...mungkin boleh minta pendapat persatuan penduduk di presint lain ke...mereka juga mesti menghadapi masalah ini...sekadar perkongsian... ^_^

    ReplyDelete
  2. saya blok b 5r3 , saya cdngkn agar prking bebas :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. saya pon blok B...saya turut cadangkan parking bebas,ini bagi mengelakkan ketidakpuas hatian mereka yg dpt parking jauh2 tu..sebenarnya 5r3 xde masalah parking sgt jika dibandingkan dgn tempat lain yg lebih sibuk contohnya presint 8 atau 9..
    yg jadi masalahnya OWNER KENDERAAN TU...ada yg sampai lepak keta atas pejalan kaki...padahal..kat depan rumah sampah tu,bersepah parking ada,nak tak nak je..dah tahu balik lewat xdpt parking kat basement,parking la kat luar..jgn menyusahkan pengguna lain,ni kang kalu tercalar,jgn salah kan org lain yeaa... PEACEE...

    ReplyDelete
  5. Berapa bilangan rumah n berapa bilangan kotak parking?jikalau setiap rumah disediakan 2 kotak parking rasanya boleh ditentukan kawasan mana untuk blok mana. Tapi kalo bilangan kotak parking mmg kurang drpd tue, no komen... N also kalau satu rumah lebih dari 2 kereta. . no komen gak... Sbb kalau bilangan keter dh melebihi kotak parking kat mana lagi nak park.... Buat parking bertingkat depan rumah sampah blok b ok kot..... Mohon kat bph.... Jadi aset diaorg jugak nnt..... Takkan sampai nak menghalau org sbb parking xcukup kot... Parking crowded pun biler ptg n malam jer pun.... Sementara menunggu siang sbm semua keluar mncari rezeki.... So kepada sesiapa yg rasa akan bgn lambat jgn laaa park kat tmpt yg boleh menghalang kelancaran lalulintas n kalo dh terpaksa tue pepandai laaa bgn pg untuk alih kenderaan tue dulu....

    ReplyDelete
  6. Ada penghuni Blok A yang sesuka hati meletakkan kenderaan mereka di parking level P2 dan telah menyusahkan orang lain yang hendak keluar dari parking tersebut,harap dapat memberikan kerjasama agar perkara ini dapat diatasi.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  7. sepatutnya xda masalah parking, tp saya tgk ada kereta yg tiada stiker park dekat parking blok a, berbulan2...mcm kereta tu xdigunakan...dan yg paling menyakitkan hati boleh pulak buang sampah dekat parking

    ReplyDelete
  8. Bagi saya terlalu bnyak sangat msalah berkaitan dengan parkir kereta di blok A terutamanya,masih lagi terdapat sebilangan penghuni yang meletakkan kenderaan mereka di luar petak parkir terutamanya di bahagian level P2 dan ini telah memberikan sedikit kesusahan kepada orang lain yang hendak keluar dari parkir sedangkan masih lagi terdapat parkir kosong di bahagian atas sekali.

    ReplyDelete
  9. As salam,

    Sy menyokong parking bebas supaya adil kepada semua pihak, samada yang dah berkeluarga dan yang masih bujang.
    Balik pukul 2 pagi pun masih banyak petak parking kosong kat level atas. So tak timbul masalah tak cukup parking, cuma masalahnya ada insan2 yang malas untuk cari parking dan bersikap pentingkan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sokong...ade yang malas nak parking kat atas...sedangkan parking atas melambak kosong..

      Delete
  10. Saya cadang guard diberi alat clamp kereta.Mana2 penduduk yang ternampak kereta yang melakukan kesalahan parking boleh mengadu pada guard.Sekuarng-kurangnya guard ada kerja clamp kereta dr asyik duk kt pondok je

    ReplyDelete
  11. Guard tu OK tapi kita sendiri yang perlu letakkan kereta tanpa ganggu kereta lain. Sebaik mungkin kita letak kerata di ruang yg tak mengganggu laluan pejalan kaki dan laluan kenderaan lain. Kita perlu elak parking depan kemudahan awam seperti Ruang Sampah, Surau, Pintu Lif dan Pintu Rumah. TQ

    ReplyDelete
  12. ASSALAMUALAIKUM WBT
    PENGHUNI YANG MEMILIKI STICKER DIBERI KEUTAMAAN.

    SAYA SALAH SEORANG WARGA PARCEL 5R3. MULAI TAHUN 2014, SAYA DAPATI PARKING MULAI PENUH. RUANG PARKING MULAI BANYAK KERETA BERBANDING TAHUN 2013-2012. SAYA TAK PASTI SAMADA SEBUAH RUMAH MEMILIKI 2@3 BUAH KERETA. MEMANDNGKAN BANYAK JUGA KERETA YANG TDK MEMILIKI STICKER PENGHUNI. ADA LUAHAN YANG TDAK SEDAP DIDENGARI, MEMANDANGKAN,PARKING BASE MELALUI FIRST COME FIRST SERVE.. TETAP KESIAN JUGA DENGAN PENGHUNI YANG ADA STICKER, KERJA HINGGA LEWAT MALAM SUSAH NAK DAPAT PARKING ATAU PUN PARKING JAUH DARI RUMAH. SAYA HARAP ISU INI DAPAT DIATASI.

    ReplyDelete