Friday, November 2, 2012

PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN PENGGUNAAN STICKER DI APARTMEN 5R3

Memandangkan banyak kes jenayah yang berlaku di kawasan apartmen kita yg kita sayangi ini serta menjaga keselamatan kuarters, pihak persatuan telah melaksanakan inisiatif diatas. tujuan inisiatif ini adalah untuk memastikan hanya kenderaan yang berdaftar sahaja yg boleh memasuki kuarters, manakala kenderaan yg tidak mendaftar perlulah melapor diri di pondok pengawal.

Suka saya maklumkan disini, ketika pihak persatuan menjalankan pemeriksaan kenderaan  di pondok pengawal, hanya  kenderaan yang tidak mempunyai pelekat sahaja yang ditahan dan diperiksa, manakala kenderaan yang mempunyai pelekat yang sah boleh memasuki kuarters tanpa pemeriksaan. ada beberapa keadaan org yang tidak mempunyai sticker ini antaranya:
1. belum ambil sticker
2. menumpan rumah keluarga atau ahli keluarga
3. mempunyai kereta lebih dari 2 buah
4. orang yang menyewa secara haram di kuarters ini
5. pelawat

Jadi adalah tidak wajar jika ada penduduk yang melaporkan kepada pihak BPH tanpa merujuk kepada pihak persatuan terlebih dahulu

Jika ada sebarang aduan dan ketidakpuasan hati, sila hubungi Pengerusi Komuniti 5r3, En Kamarul 0122347841