Tuesday, April 17, 2012

Ucapan dari Pengerusi Komuniti 5R3


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh......Selamat Datang ke Blog Komuniti 5r3...Pertama sekali syukur ke hadrat Allah kerana warga 5r3 telah turun beramai-ramai untuk menyokong penubuhan Persatuan Komuniti 5r3 pada 11 April yang lalu. Ini menunjukkan kesungguhan, komitmen serta sokongan warga 5r3 dalam mewujudkan perpaduan, kesejahteraan serta kasih sayang antara kita. kepada yang tidak turun pada hari tu, saya yakin, anda semua menyokong kami dari belakang. Insya Allah.

Apa yang pihak AJK harapkan dari semua warga 5r3 sekalian ialah dengan memberikan cadangan dalam merangka aktiviti persatuan kita. Dengan cadangan dari anda semua, kami akan dapat mengenalpasti keperluan anda dari masa ke semasa. pihak AJK memang sentiasa terbuka dengan cadangan dari ahli komuniti semua.Hakikatnya kejayaan sesebuah komuniti itu bukan hanya bergantung kepada AJK sahaja, tetapi juga bergantung kepada sokongan padu serta penglibatan ahli sendiri dalam menjayakan semua aktiviti persatuan.

Akhir sekali, semoga blog ini akan menjadi medan untuk komuniti 5r3 umendapatkan maklumat terkini tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan komuniti kita. MANFAATKANLAH IA SEBAIKNYA.

SATU SUARA SATU KOMUNITI


No comments:

Post a Comment