Saturday, May 26, 2012

SELAMAT BERCUTI

Selamat behujung minggu serta selamat bercuti panjang kepada semua warga komuniti 5r3. semoga selamat pergi dan selamat pulang kembali. pastikan rumah anda dalam keadaan selamat bila ditinggalkan. gas, elektrik dan air, pastikan telah di tutup. beritahu jiran anda sepanjang anda tiada dirumah..moga semuanya selamat

Thursday, May 24, 2012

NO TELEFON RASMI PERSATUAN

untuk sebarang ADUAN, CADANGAN, KOMEN KEPADA PERSATUAN, SILA HUBUNGI/SMS PENGERUSI 012 2347841, En. Kamarul. Pohon nyatakan nama sebenar anda serta no rumah anda semasa berurusan.

sekian terima kasih

SATU SUARA SATU KOMUNITI

Friday, May 18, 2012

KELULUSAN PENDAFTARAN ROS

Keputusan Permohonan Daftar Pertubuhan

Nama Pertubuhan : PERSATUAN KOMUNITI 5R3

Nombor Pertubuhan : PPM-007-16-18052012

Keputusan : Lulus

Tarikh Kelulusan : 18-05-2012

Pegawai yang meluluskan: ZULIANA BT MOHD AKOB

ALHAMDULILLAH...PERSATUAN KITA TELAH DILULUSKAN OLEH JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN (ROS)

Monday, May 7, 2012

PERINGATAN PARKING


PERINGATAN
Kepada pemilik kereta/motosikal  yang parkir kawasan lif atau kawasan yang menganggu lalulintas, akan diberikan PERINGATAN BERTULIS beserta dengan NO KERETA akan dicatit, GAMBAR AKAN DI AMBIL mulai 7 MEI 2012. Jika masih lagi melakukan kesalahan ini, pihak persatuan tidak akan teragak-agak  untuk melaporkan perkara ini kepada pihak BPH... persatuan melakukan perkara ni kerana tindakan tuan/puan ini membahayakan pengguna kuarters yg lain, terutamanya kanak2.
Harap maklum
SATU SUARA SATU KOMUNITI

Thursday, May 3, 2012

MASALAH PARKING DI 5R3

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia....saya telah bercakap dengan pegawai BPH mengenai Parking...maklumbalasnya ialah...persatuan & penduduk boleh membuat keputusan bagaimana kita nak uruskan parking ni samada parking disediakan mengikut rumah atau bagaimana...

1. lot parking mengikut rumah - kebaikan - setiap rumah akan dapat parking sendiri. keburukan - jika rumah tersebut diundi dapat parking jauh ataupun parking bukannya dikawasan berbumbung, adakah anda semua bersedia menerimanya dgn rela atau tidak.

2. keluarga yang mempunyai kereta lebih dari satu atau dua - dimana nak diletakkan kenderaan tersebut - tindakan jika langgar bagaimana?


3. mungkin yang akan susah ialah ibu yang mempunyai anak kecil sbb terpaksa menolak stroller agak jauh.


mohon komuniti memberi pandangan dan membincangkannya secara beradab, tertib tanpa mengguris hati sesiapa...maklumbalas komuniti
amat penting.

terima kasih