Thursday, November 14, 2013



ANTARA PENGGUNAAN PERUNTUKAN KEWANGAN PERSATUAN 2013

1. Peruntukan pembelian besi untuk dibuat tiang gol Futsal untuk kegunaan remaja 5r3 ( Tiang gol di buat sendiri oleh en Soleh maintenance.

2. Peruntukan pembelian net dan bola takraw untuk kegunaan warga 5r3 bermain takraw di Blok E

3.  Peruntukan Pembelian Playwood dan peralatan berkaitan untuk dibuat Screen putih bagi tujuan Program Big Screen dan boleh digunakan untuk kegunaan Surau.

4. Peruntukan untuk Pembelian barangan untuk membuat Hamper dan beli gula-gula untuk aktiviti sempena Program Big Screen Final Piala Malaysia (Hamper Buat sendiri)

5. Peruntukan untuk membuat minuman sempena Program Big Screen

6. Peruntukan menaja makanan tengahari untuk kelas  jahitan anjuran Persatuan Komuniti 5r3

7. Sumbangan Peruntukan untuk Program memasak Bubur Asyura

8. Sumbangan Kilat untuk mangsa kebakaran dan Kemalangan (en Yusof)

9. Pembelian CCTV (Bajet ROS)

10. Pembelian walkie Talkie (Bajet ROS)

11. Pembelian basikal (Bajet ROS)









Wednesday, November 13, 2013

KENAPA MINTA SUMBANGAN TABUNG 5R3

Bismillah...

Ahli komuniti yang baik dan bertanggungjawab akan sentiasa mengambil tahu serta alert dengan apa yang berlaku di sekeliling kediaman mereka. Di samaping itu, mereka juga akan sentiasa bersedia untuk menyumbang kepada kesejahteraan dan keselamatan komuniti samada dalam bentuk tenaga, buah fikiran mahupun kewangan.

KENAPA MINTA SUMBANGAN:
Setiap aktiviti atau program semestinya memerlukan perbelanjaan untuk menggerakkan program, mungkin ada orang akan bertanya "mintalah sponsor/sumbangan dari YB atau syarikat korporat". bagi kami pihak persatuan, alangkah malunya kita sebagai komuniti mengharapkan belas ihsan orang, sedangkan kita sendiri sepatutnya mempunyai sumber kewangan sendiri. bagaimanakan kita boleh mempunyai sumber kewangan sendiri?? mudah sahaja...setiap rumah menyumbang RM30 kepada tabung persatuan setiap tahun...kita ada sebanyak 700 unit rumah dan jika setiap rumah sumbang sebanyak RM30, bayangkan berapa banyak dana yang ada dalam akaun kita.

Dengan dana yang banyakberbagai aktiviti/program boleh kita jalankan samada berbentuk sosia, keagamaan dan sebagainya:

Antara aktiviti yang dicadangkan ialah:

1. PROGRAM BIG SCREEN - program ini amat baik utk eratkan silaturrahim antara warga komuniti serta memeriahkan komuniti kita yang agak malap. Antara yang boleh ditayang semasa program big screen ialah: 
  1. Perlawanan bola sepak
   2. Perlawanan Hoki
   3. Badminton
   4. ceramah agama 
   5. wayang gambar
  (antara peralatan yang pelu dibeli utk program ini ialah LCD projektor, ASTRO Njoi dan sistem  bunyi

2. Sukaneka dan hari keluarga
3. Senamrobik
4. Kelas Masakan
5. kelas menjahit
6. naik taraf sistem keselamatan kuarters

dan apa2 cadangan dari masa ke semasa

  


ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN OLEH PERSATUAN:

 1. PEMASANGAN BENDERA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
2. MEMASANG PAPAN PERINGATAN ZIKIR SEMPENA RAMADAN
3.BENGKEL JAHITAN UNTUK WANITA
4. PROGRAM BIG SCREEN SEMPENA FINAL PIALA MALAYSIA






KUTIPAN SUMBANGAN UNTUK TABUNG KOMUNITI 5R3

JUMLAH SUMBANGAN DITETAPKAN SETIAP RUMAH =
RM30 SETAHUN

Tarikh Kutipan: 26-30 November 2013
Tempat: Lobi Bawah Setiap Blok
Masa Kutipan: 9.00pm hingga 10.30pm

KUTIPAN AKAN DILAKUKAN OLEH KETUA/AJK BLOK (PAKAI VEST BIRU)
RESIT AKAN DIKELUARKAN
Tujuan Sumbangan: menyokong/gerakkan pelbagai aktiviti/program komuniti yang akan dijalankan
Keterangan lanjut di www.komuniti5r3.blogspot.com
Anjuran: Persatuan Komuniti 5R3